Sunday 20 February 2011

beautiful adventure

Assalamualaikum..

hope semua sihat di dalam redha Allah..
just a brief update about my recent activities..ngehehe..
busy as usual..homework berderet-deret menagih sentuhan dari eter..cheewah *muntah*

oh ya..semalam eter n kawan-kawan pergi Leeds untuk jadi supporter kepada adik-adik junior yang masuk nasyid..so far Allahamdulillah semua berjalan lancar meskipun kesabaran kami banyak kali diuji..
dengan hujan lebat yang turun awal-awal pagi..kami gerak seawal 6 pagi dari rumah..
eter memang tak fikir banyak pun masa pilih baju..
sampi kat area Manchester, tengok dari luar tingkap salji dah penuh..
subhanallah..kagum, seronok semua perasaan ada..tapi yang paling risau adalah takut tak tahan sejuk..
takde lah takut sebenarnya tapi eter dah 2 minggu batuk dan selsema tak baik lagi..

as expected..tak dapat tahan batuk..memang sejukkkk~~huhu
salji turun sangat lebat..
tapi itu tetap tak menghalang eter dari bergerak cergas main snow ^__^

ok cerita pasal persembahan kawan-kawan..
boleh dikatakan kebanyakan diorang buat konsep moden..
lagu bukan nasyid pun boleh masuk juga..
bukan nak cakap apa..tapi eter tau pendapat masing-masing berbeza..
yang penting objektif asal bernasyid tu sendiri harap-harap tak lari jauh..
bukan sekadar to entertain insya'Allah..

kali ni memang sangat puas hati berbanding tahun lepas..
*yang eter join dan kami dapat tempat ke-2 tu..hehe*
puas hati sebab apa??
sebab eter seronok tengok adik-adik yang sangat matang dan berbakat.
semangat diorang..enviousness!!
*tetiba terasa diri dah tua bila cakap camni..haha*
dan Allahamdulillah juga eter dapat hadiah cabutan bertuah..
tak pernah-pernah dapat tapi, rezeki Allah tak siapa pun tahu kan3??

perjalan balik kami sedikit mencabar sebab separuh dari kami sesat..teksi hantar diorang kat tempat yang salah..perasaan?? sangat-sangat cuak..serius tak tipu!!
nasib baik pakcik bas tu baik..T_T
memang sangat-sangat cemas bila pakcik tu cakap dia dah tak boleh tunggu sebab dah lebih 15 minit..
tapi saat pakcik tu dah nak tutup pintu...
yeay!! diorang berjaya muncul dengan selamat..Allhamdulillah..
pengajarannya..sabar itu separuh dari iman..^__^

p/s: sedikit pengisian yang sempat kami kongsi sebelum gerak balik..

"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran."
(14:18)

Sunday 13 February 2011

fabulous weekend

Assalamualaikum..

just nak update sikit je sempena pemergian eter ke london baru-baru ni (semalam sebenarnya)..*ayat tak boleh gi*
tujuan utamanya semata-mata nak bagi tiket entrance madame tussauds and london eye kat kawan-kawan yang datang dari egypt..

eter gi sorang je walaupun tengah demam..huhu gigih!!
ala london dengan birm bukan jauh mana pun..naik train dalam 1 jam setengah dah boleh sampai..
adat lah tu sesat-sesat naik tube..hehhe..

sampai-sampai london euston terus pergi greenwich jumpa diorang..

tunggu diorang lama kat sini rupa-rupanya diorang ikut entrance lain..hampeh~~

royal observatory!!kat atas tu la ada garisan meridian..dah pernah naik tahun lepas..boleh je nak naik lagi sebab pemandangan dari atas sangat cantik tapi eter yang tak larat..sejuk~~


london eye..eter tak naik juga..tunggu kat bawah je..

sementara tunggu tu tengok performance acrobatic diorang..superb!!*thumbs up*

hebat gila orang ni dia boleh lipat badan dia masuk dalam besen..fuhh~~

lepas makan kat MSD pastu cuci mata kejap kat oxford street *banyak gila sale!! malang sekali eter tengah berjimat..T__T*
sampai birm memang eter dah k.o..try juga buka nota tapi.. -sigh-

hari ni bangun girang..hehe walaupun suara hilang kejap..
tapi masih mempertahankan kedegilan tak mahu makan ubat..

ok sampai sini je ye..nak keluar jap sebab terasa nak makan udang..
sayonara minna

p/s: berita gempak..adik yang bawah eter bakal bertunang bulan depan..tercabar kewibawaan sebagai seorang kakak..tapi takpe..tahniah3!!


Friday 11 February 2011

really need to catch things up

Assalamualaikum..

yaa..hisashiburi dane..minna genki??
wah3..lamanya tak update..dah naik lalang dah pun garden ni..

well sebagai seorang pelajar final year, haruslah sibuk..
mana nak tengok nota, catch up lecture..mana nak buat projek..mana nak siapkan asignment..
layan youtube lagi *dush2*
nasib baik lah eter tak buat kerja part-time..lagi la huru-hara hidup -sigh-

tapi minggu kelmarin eter ada pergi interview untuk satu program ni..
kita kena pergi sekolah jadi observer..
yuhuu~~harap-harap dipermudahkan semuanya insya'Allah..
yang penting nak kan experience tu and of course pocket money..hehe..

lagi apa ek yang berlaku baru-baru ni??
oh ya..ada chinese new year dinner..sorry la ye eter tak amik gambar pon..
segan nak keluarkan kamera kecik eter..guna taktik kotor dok sengih-sengih depan dslr orang je..haha..

pastu apa ek??
meeting dengan my advisor prof needham..
so far ok la..eter dah boleh rasa confident sikit-sikit..
tak sabar nak siapkan cepat-cepat projek ni pastu boleh siapkan kerja lain pula..

lagi??
kawan-kawan dari mansurah datang..
meriah betul Nur Kasih..seronok!!
paling best sebab dapat makan sedap-sedap ummi dan alis masak..weee~~~!!

malangnya disebabkan diorang datang hari sekolah, eter tak berkesempatan pun bawak diorang jalan-jalan..
dan disebakan rasa terkilan yang melampau-lampau, eter dah selamat dah pun beli tiket train ke london sabtu ni sebab nak jalan dengan diorang sebelum diorang balik mesia..

ok..perlu tidur sekarang..
perut dah naik senak sebab asyik batuk dan telinga pula naik gatal..
telinga eter memang sensitif sikit..maklumlah dua kali kena belah buang ketumbuhan 
*sikit je pun..saja menggedik nak heboh-heboh..dush2!!*

oyasumi minna~~
sayonara..