Thursday, 18 November 2010

Raya oi raya oi

Assalamualaikum...

wah wah..tajuk pon da macam nak bagi riuh sekampung...
adat lah kan...dah namanya raya..kompom riuh...baru la best..hehehe..
tu la..sapa kata raya kat perantauan ni tak best???
tengok la juga kan..kalau dah org g bertakbir tapi ko dok nyorok celah katil, celah gobok...
banjir wa cakap lu..BANJIR!!!!
**over tak over**

disebabkan raya tahun ni jatuh pada hari yang ada kelas, maka dengan itu...cuti raya kami disini bermaksud CUTI DARI BERAYA...T__T
apa ada hal...raya haji 3 hari kan3??
so, kami postpone sambutan nya ke hari raya kedua...tu yang best tu...sebab kami raya awal sehari dari Mesia..huahuahua...

seronok sangat sambut raya ramai2...suka3!!!
kami wat rumah terbuka gabungan...ape tuh ape tuh???
hehehe...konsepnya adalah kami masak kami makan...
tak ke lazat bunyi nya tuh???
tu baru bunyi...hehehe...**terliur deh terliur~~**

boleh tahan banyak juga lah juadah yang ada...
tapi disebabkan dapur rumah kat England ni sangat kecik, kami terpaksalah bergotong-royong memasak di rumah masing2..**unik kan unik kan life kat sini***
ok lah..enuf talking...let the pictures speak for now..hehehe..

**satay-by Qurratun Huda**
**rice cube a.k.a nasi impit**

**satay plus kuah kacang**

**ain with pulut kuning+kari daging+sambal tumis+satay+kuah kacang...tuuu dia~~cayalah ain..hehe**
**lodeh yang super duper sedap-by alis**
**honeydew yang menjadi rebutan**

**eter+mai+alis**

**sebahagian dari kami**

**eter with 2 budak comel**

ok..raya2 juga...tapi tak boleh fikir nak seronok2 je ye..
selamat hari raya semua!!

makanan untuk rohani pula:
 sahabat yang baik.....bila memandang nya teringat pada kehidupan akhirat...bila bersama nya bertambah ilmu...bila mendengar percakapannya bertambah keimanan..

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu   
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 


 ok lah..eter dah kena gerak gi tido sekarang..esok ade kelas n__n..nite people!!
oyasumi~~~
maaf zahir dan batin...
semoga Allah memelihara iman kita semua ^__^
thank you for reading...xx




2 comments:

  1. selamat hari raye padeel.. best gler byk makanan time raye.. hoho

    ReplyDelete
  2. selamat ari raya aidiladha..^ ^
    perghhh, cayalah sis..korg msk sindri..
    bnyk mknn..sgt jeles..especially tang sate..best2..ngeee~~

    ReplyDelete