Thursday 27 January 2011

kalau hari-hari macam ni kan best..

Assalamualaikum..

seronok sangat hari ni..nape??
sebab hari ni eter dapat buat banyak benda yang bermanfaat..
insya'Allah moga2 pekerjaan eter sentiasa dalam redha Allah...semoga awak pon camtu juga ^__^

disebabkan hari ni eter takde kelas, takde lah eter gi school..
cuma keluar sekejap pergi cari mentol dan cari sayur sikit sebab turn eter masak hari ni..
selebihnya, hanya memerap kat dalam rumah..

nope3..bukan duduk goyang kaki..hehe..
dok kemas dapur sikit2..berus karpet bilik..susah juga sebenarnya rumah fully carpet ni..
banyak makhluk benda asing melekat..-sigh-
dah la eter ni sebenarnya alah dengan dust..tak pasal2 nanti mula lah gatal2..
nanti kena makan ubat..adoi~~tak suka!!

pastu tadi Tasnim datang rumah..sebab Kak Ainol a.k.a mama Tasnim ada kelas..
so eter tolong la tengok2 kan Tasnim..
macam2 kitorang buat..
*tapi ada 1 je yang dia nak buat tapi eter tak larat..so tak dapat buat..haha..sorry Tasnim*

sambil2 eter masak sempat la nak layan dia bercerita..
seronok sebenarnya layan budak2 bercakap ni..macam2 dia nak cerita..huhu..

pastu entah macam mana boleh cerita pasal snow..
barulah eter teringat yang eter ada instant snow..
senang je, letak air nanti polymer tu kembang menggebu..
boleh la kalau agak2 ada orag kat mesia teringin nak rasa snow tu camne nanti eter bawak balik ye ^__^

pastu part yang paling best bila Tasnim dah start buka buku math dia..
*terus eter bertukar menjadi seorang kakak yang garang*
huhu..tak dapat diselamatkan..eter kalau mengajar memang akan jadi sangat serious..
tapi bukan garang tak tentu pasal lah..
still tunjuk step by step..still guide dia satu2 sampai dia berjaya dapat jawapan..
tapi still dia yang kena buat sendiri lah..hehe..*gile banyak 'still'*

huarghh~~ok lah..kembali ke tugas sebenar..
jom berjihad!!

'barangsiapa yang memilih jalur ilmu (sebagai murid/guru) 
maka Allah akan permudahkan jalannya ke syurga.'

p/s: ilmu yang dituntut kerana mengharapkan ganjaran akhirat la ye insya'Allah..

tata..

thank you for reading..

tak nak update tapi update juga

Assalamualaikum..

minna genki desu ka??
harap2 pekerjaan awak2 semua hari ni penuh keberkatan..insya'Allah..

adus2..sebenarnya eter tak bercadang pon nak update hari ni..
tapi disebabkan tiba2 mentol eter terbakar dan jam menunjukkan pukul 11.40pm *waktu tempatan ehek*
membantutkan perasaan nak study..
T_T ohho tak seronok pon perasaan ni..~bunyi agak nerd disitu~

sedihnya..2 bulb terbakar dalam masa 2 malam berturut2..
dah la dua2 diterbangkan khas dari mesia..amik masa 2 minggu nak sampai, tuptup 2 malam dah habis terbakar..
rasa macam takde benda lain yang lagi hampeh dari ni..hahaha..*over mintak lempang*
dakara doushitatte'n da yo (so what??)
esok keluar je la gi beli lain..ye tak?? 
*saja nak menggedik mintak simpati~ tolong lempang saya!!*

tapi ok gak sebab dia terbakar time eter masih berjaga..
kalau tengah tido?? doushiyou (what to do??)
mau nya melaung takut nak bangun..
*haha..sebab eter sangat takut gelap T__T..tak pernah nak tido dalam gelap kecuali dah betul2 terpaksa*

Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan malam apa bila telah gelap gelita, dan dari kejahatan (perempuan) penyihir yang meniup pada bahul-bahul (talinya), dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki."

ok lah..nak kena paksa mood study datang balik..
kerja sekolah melambak2..dapat pula lecturer yang tak habis2 nak menakut2 student yang malas study *eter lah tu* yang subject dia susah nak score..adus!!

p/s: tolong jangan pelik..kat sini ada je jual mentol tapi tak tau nape eter memang mengada2 nak dari mesia gak..hahaha..

sayonara minna!!

thank you for reading..^__^

Sunday 23 January 2011

nothing can heals me better..

Assalamualaikum..

this is specially put here for those who I hold dear..
*definitely curi..hehe bukan karang sendiri*

shiroi bara no hanabira hitotsazutsa hirakeba
"one by one, the white rose petals open"

ano hi no kioku irodzu miteiku
"that day's recollection is fully cast"

hikaru toota doori you ni toki wa shizuka ni nagarete
"like a road crossed by light, time flows into silence"

michi hikui de ni sou nagara hito wa umare kawaru
"people who become lost on their short paths are born again"


"Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves, except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be hastened forward by his lineage."

have you guys ever believe in 'karma'???

thank you for reading..jaa na~~

Friday 21 January 2011

kesabaran vs kemarahan

Assalamualaikum..

ok hari ni takmo buat entry yang emo2..
sebab apa??
badan eter tengah menggigil2 tahan marah ni..
ibarat macam gunung berapi kalau nak meletup, mesti akan berlaku gempa bumi dulu..ye tak??
dah puas tarik nafas hembus tarik lagi..
takut pula kalau oksigen habis eter sorang je yang sedut..haha *fake laugh*

tapi takpe..jangan ingat eter akan kasi dia puas2 pijak kepala eter..
jangan dia ingat diam2 eter, dia boleh terus cakap apa yang dia suka..

grrrrr~~~geram sangat2..rasa macam nak berdiri depan dia, jerit kuat2 marah dia..
biar terlepas semua serabut dalam kepala ni..kalau boleh nak lempang pipi dia kiri kanan kiri kanan..

TAPI

realitinya..eter hanya mampu simpan semua..nak marah tak reti..hanya mampu nangis nangis n nangis..
nangis bukan sebab sedih..tapi MARAH..tak pernah rasanya seumur hidup eter marah yang macam ni..
semua kata2 hamun hanya terlafaz dalam dada dan tak mampu terungkap kerana tak jumpa lagi kekuatan eter di mana..

masih punya rasa kasihan dan tak mahu mengeruhkan keadaan..
tapi sampai bila nak bersabar..
kadang2 orang macam ni kena ajar sikit..
tapi ajar dengan cara berhemah la..fikir banyak2 pon buat serabut kepala..

semalam eter cerita kat kakak eter..tak boleh nak rahsia apape dari dia..
respond dia???
of course la dia melenting..dia lebih kenal adik dia macam mana..orang luar tak berhak judge adik dia lebih2 lagi kalau tak pernah kenal, tak pernah bersua muka..
*pengajaran: jangan buat kacau kalau tak nak masa depan hancur*

ok lah..istighfar banyak2..itu je yang eter mampu buat..doa sangat2 supaya benda remeh temeh ni tak menjejaskan life n study eter..fitnah orang datang dalam pelbagai cara, bila2 masa yang kita takkan dapat agak bila..

"Tuhan ku, jika sekiranya Kau matikan diriku maka rahmatilah ia dan jika Kau melepaskan ia hidup maka peliharalah ia sebagaimana Kau memelihara jiwa hamba-hamba Mu yang soleh"

p/s: sorry..ini hanyalah seisi meluahkan perasaan marah..harap takde sesiapa terasa..kalau ada, eter minta maaf banyak2..
*entry ini ditulis semalam..hari ni baru ada kekuatan nak post sebab macam dah nampak garis2 kedukaan pudar sikit demi sedikit..hehe*

Thank you for reading..

Wednesday 19 January 2011

Jahat!!

Assalamualaikum..

ehem ehem..betulkan chord tekak dulu..
cheewah..bajet macam nak nyanyi pula..*padahal baru lepas nangis T__T*

ehem ehem *rasa annoying pula buat banyak2..haha*
buat pertama kalinya dalam sejarah, eter sebagai maths student UoB ada cuti weekday..
esok cuti ^__^ heepheep hooray!! 
boleh la nak relax2 sementara homework belum beratur berderet2 mintak penampar dihantar..

ok2..eter teruskan cerita..tapi sebelum tu, sukacita eter ingin ingatkan disini bahawa entry ni perlu dibaca dengan penuh perasaan dalam nada yang sayu..*emo emo*
hahahaha..sukahati la awak nak buat camna asalkan sayu..

kalau dulu eter pernah cuba menggunakan kata ganti diri 'aku' instead of eter..
tapi tak menjadi sebab ada orang tu cakap nampak macam bahasa rojak..hurm..tak tau la nak tengok dari sudut mana yang jadi bahasa rojak tu..*gagap ade lah bile nak sebut 'aku'*

kalau dulu eter pernah nak belajar mencarut..bese la dah kata anak jati melaka..
*even tak makan pedas, tak makan cencalok, belacan, tempoyak..haha*
cakap pon nak kasar..tapi akhirnya apa dah jadi???
eter jadi peminat setia babi..suka sangat babi, patung babi, gamba, warna dan yang seangkatan dengannya..

kalau dulu eter nak sangat jadi budak sekolah yang gedik2..nampak abang ensem lalu, tujam la nak bersiul2..
*tu mintak sepak je sebenarnya..!!*
tapi tak menjadi juga..sebabnya eter tak heran sangat dengan mereka..eter sendiri ada ramai abang yang boleh tahan tak kacak..haha..
kalau ada pon yang sampai sekarang ni faizal tahir je..*haha lagi sekali mintak penampar*

tapi tadi...tak tahu mana datangnya ribut taufan, eter dikatakan menggedik dengan pakwe orang..
down gila!! mungkin pada pandangan mata gadis ini, eter ni macam tak laku kot dan cuba terhegeh2 memikat bf dia..
ceh ceh ceh!! blah la woi..*jerit dalam duvet..takut ganggu jiran tetangga..haha*
macam nak marah sebenarnya..tapi sedih pon ada..
adik beradik kot..sebabnya ibu bf beliau merupakan ibu angkat eter..adik beradik mana boleh ada feeling2 kan3??? kalau orang lain mungkin la..tapi eter tak..sebab eter ni kalau dah anggap orang tu macam keluarga, secara otomatiknya dia adalah keluarga..tapi batasan aurat kompom tetap terjaga rapi..

fikir punya fikir, eter decide nak ignore je gadis ni..malas nak layan perangai orang yang kadang2 tak profesional ni..
eter ngaku je yang kadang2 eter ni tak berapa nak matured tapi takde la sampai tak boleh berfikir secara waras..bolayan and kalau dia berani nak kacau2 lagi siap la..block terus!!
*eh tapi tak ke eter yang akan nampak macam pesalah??*
ah asalkan tak ganggu hidup aku dah la..study lagi penting..kan3??
dan yang paling penting, eter memang tak kacau pon bf dia..BUANG MASA!!
baik layan Bleach dari episod 1 balik..*ini BUANG TEBIAT namanya..305 episod dah kot sekarang*

eter dah cukup bersyukur dah sebab dikelilingi oleh awak2 yang sangat memahami..punya housemates yang sangat2 caring dan menawan..punya coursemates yang sangat baik hati dan merupakan pendengar yang setia..hontoni arigato minna!!

alhamdulillah..perasaan yang terumbang ambing tadi telah kembali normal..fikiran tidak lagi berkecamuk..*cheewah!!*
mari betulkan niat dan mulakan persiapan untuk berjihad..STUDY!!

hidup adalah satu ujian
setiap kesukaran yang dihadapi dengan tabah akan melayakkan diri untuk semakin hampir kepada Allah swt

“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

setiap kesabaran dan tawakal yang bulat kepada Allah swt pasti akan ada ganjaran yang tidak ternilai harganya ^__^


(At-Talaq, 65:3): “dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”

thank you for reading
p/s::setiap omelan yang awal2 tadi hanyalah omelan semata2..bukan bermaksud mengeluh ke hapa..gomendasai~~*kembali menjadi eter yang ceria..*


Sunday 16 January 2011

Sekolah

Assalamualaikum..

esok kelas dah start semula seperti biasa..bermakna cuti winter yang terakhir (perhaps) is officially ended..

perasaan?? entahlah..semua rasa ada..cepatnya masa berlalu..tinggal lagi 11 minggu kelas sebelum exam dan seterusnya grad..

hurm..eter cuma berharap apa yang bagus, akan berkekalan sampai bila2..
doa sangat2 semoga Allah berikan kekuatan dan kecekalan dalam menempuh hari2 yang mendatang..

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari
kejahatan nafsuku.”


dan semoga Allah meredhai segala ilmu yang dicari dan dapat menambahkan lagi kefahaman kita dengan hikmah

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi
wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang
tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)


Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman
(pengertian yang baik dan fahaman).

semoga apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan bertemu kemanfaatan-Nya..insya'Allah..


*eter akan treasure hari2 terakhir bersama mereka juga..T__T..wish every each one of us succeed!!*

thank you for reading!!


Friday 14 January 2011

bleach!!

Assalamualaikum..

minna genki?? (how do u do..)
anata wa kyou, nani o shitaidesuka?? (what are u guys doing today?)
watashi wa kenkyuu ni bottou shite iru.. (eter tengah study rajin2 ni..)
bep beepppp..
uun..uso desho!!?? (haha..tolong jangan percaya..T__T tak study pon)

ah sila jangan tuka siaran anda..
eter sesaja nak buang tebiat jap..hehe..
*AMARAN: ENTRY NI SANGAT LAGHA!!*

pasai pa eter kemahen lagi berbahasa jepun ni??
pasai eter sebenarnya baru habis tengok Rock Musical Bleach-saien
*sapa suruh episod baru keluar lambat sangat!!grrr~~*

seikou!! best bangat sih..comel2 je cosplay diorang..
tapi mungkin juga eter sorang je yang rasa diorang ni comel sebab eter mempunyai kecintaan yang sangat mendalam terhadap Bleach..hehe..
*mana tak nya..sanggup tengok dari awal sampai episod 304 sekarang..*

apa yang best tentang bleach ni???
sebab dia tak logik..hahahaha..*ketuk nak??*
gurau2..^__^
sebab every series dia macam ada banyak je plot yang nak diceritakan..
tapi memang betul la eter cakap tadi..cerita ni macam tak logik sikit..
watak utama dia, kurosaki ichigo, asal dia nak mati je tujam dia dapat kuasa baru..pastu boleh lawan lagi..
walaupon in reality macam mustahil, tapi kalau berfikir secara *otaku, macam cantik je dia buat supaya nampak real for all the time..

watak kesukaan eter??
Shiro chan!!
                                                           *from pakcik google*

and plus..theme songs bleach comel2...ni salah satu nya lah..hehe

                                                                                               *by aqua timez..bez gile band ni!!*

pesanan penaja: enjoy2 juga tapi kerja sekolah HARUS disiapkan..WAJIB study..nanti jepun ke mana, maths ke mana..ohho my final term before graduating..gambatte kudasai!!

*Otaku (おたく / オタク) (oh-tah-kooh) is a Japanese term used to refer to people with obsessive interests, particularly anime, manga, or video games.




Thursday 13 January 2011

pekak telinga

Assalamualaikum

hai awak..sebelum eter teruskan, eter nak mintak maaf bebanyak kalau ada diantara awak yang panggil2 nama eter or cakap2 dengan eter tapi eter buat tak tau or not responding..

sebabnya hari makin hari eter makin tak boleh berpisah dengan earphone and ipod eter..
boleh dikatakan kalau nak mandi or amik wuduk n solat, bila nak tanggalkan earphone dari telinga..terasa berdenyut2 je sakit n kebasnya..T__T *padan muka*

volume taknak kalah..kalau tak pasang full memang terasa macam loser..
masalahnya sekarang ni kalau dengar benda yang berfaedah takpe gak lah kan..
ni gi bantai lagu jepun+korea+cina+english..
*lagu melayu eter memilih sikit..nak faizal tahir je..hahaha..layak kena lempang tak??*

hurm..nanti la ek tunggu budget belanja sekolah bulan depan kalau eter dapat berjimat, eter beli headphone..
barulah tak sakit sangat telinga ni kan???
*erkk..ada sesapa nak belanja tak??? eter janji kalau awak belikan, eter doakan awak dalam solat dan doa eter setiap hari..boleh pula camtu ek*

nak tau eter dengar apa???eh eh eh..rahsia la~~
hehe takkan la eter nak berahsia dengan awak pula..buat awak penat je baca blog eter kalau eter ni sikit2 nak berahsia..
*penat gak eter tulis kalau takda orang nak baca T__T*
nak tahu??
cekkidaut!!







well..currently my ear stuck on their musics..
*oh poor my bleach songs..eter curang sekejap..hehehe*

p/s: tolong la jangan biarkan diri korang addicted to them..parah nanti~~lalala..
happy listening and thank you for reading..

Tuesday 11 January 2011

mood hari ini

Assalamualaikum sahabat2 handai sekalian..

weeehuu~~hari ni mood baik sangat..hehe..
xtau la nape...
padahal lampu bilik terbakar..
dan disebabkan tak boleh tidur dalam gelap, kesudahannya terpaksa berjaga sampai subuh..
dah terang sikit baru boleh tidur..
pastu datang pula pakcik posmen ketuk pintu hantar parcel..
bangun gak sebab hati tengah sangat baik walaupon baru je nak lelap..

pastu pulak, boleh bangun agak lewat..dah masuk zohor dah pon time tu..
*oh harap2 bakal mak mentua tak terbaca entry ni*
bangkit dan kemas2, mandi dan settle solat apa semua..
basuh baju pastu goreng telur mata kebau makan dengan nasi dan kicap...sedap giler wa cakap der..
ngehehe..mood sangat baik tapi masalah nya tak pula rajin..
kalau tak, dapat la makan nasi minyak ke..nasi kerabu ke..sup tulang ke...
*opppss...ok bohong je tu..eter tak reti pon masak semua tu..ngehee*

dalam dok sedap2 golek atas katil *oho kantoi golek balik atas katil*
datang pulak pakcik amik bacaan meter gas..
hurm..memang eter berjodoh dengan ramai orang hari ni..
ottokajo ottokajo~~

dengan langkah yang girang juga eter keluar gi kedai cari mentol..
hehe..cari punya cari, pilih punya pilih...tup2 kantoi dengan orang kedai tu yang eter lama sangat diri kat situ..
hehe terpaksalah jujur dengan dia yang eter tak reti beli mentol..
fuhhh...memang lemah betol seni pertukangan rumah..
balik rumah terus pasang *bukan sebab tak sabar...tapi sebab dah gelap T__T..kowaii!!*
naikkan kerusi atas katil pastu panjat n tup! dah terang...hehehe..
*tapi sebenarnya sedikit upset sebab cahaya dia tersangat lah low ala2 boleh bikin orang rasa nak bunuh diri*
tapi takpa..disebabkan mood sangat baik, jadi eter bertindak untuk menghiraukannya..at least untuk malam ni..^__^

ehh..tetiba je lampu/mentol ni jadi cerita utama hari ni..bosan?? eter pon~~
ok lah..nak bagi korang layan lagu ni..
eter suka sebab die ala2 berentak jazz tapi still tak boleh lawan Ravel lagi..
nak tau lebih lanjut pasal Ravel?? tak tau la kalau eter patut ceritakan atau tak sebab mungkin tak ramai yang suka classical music like I do..next time la ye..



one day I hope I can have the piano..hope and pray..

Monday 10 January 2011

bila sampai turn..

Assalamualaikum...

Hai awak. Hari ni saja lah nak bawak korang sekejap refleks dengan kematian.Sebab semalam kami di sini adalah buat tahlil ringkas di atas pemergian arwah abang kepada salah seorang warga brummies. Nak dipendekkan cerita serba ringkas, dari apa yang eter dengar, arwah dijumpai terkujur di tempat wuduk di tempat kerja. Innalillah wa innalillahirrajiun. 

Setiap yang hidup pasti akan pergi. Al-fatihah untuk arwah dan semoga Allah menempatkan roh dikalangan orang2 yang soleh dan semoga Allah mengurniakan ketabahan kepada ahli keluarga. 

Kita yang masih hidup ini, tak tahu bila pula giliran kita. Minta sangat dari Allah supaya dijauhkan dari kealpaan duniawi. Insya Allah. Takut sangat bila bercerita pasal mati ni. Bukan takut mati, tapi takut tak dapat buat persiapan yang terbaik sebelum berhimpun dan dihisab nanti.

Muhasabah untuk diri sendiri. Sampai masa nya untuk giliran kita, kat mana2 dan bila2 pon boleh. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu. 

Di kesempatan ini, eter nak mohon maaf sangat2 kepada awak2 semua yang tengah baca ni andai pernah melukakan, pernah mengasari awak samada melalui perbuatan mahupon percakapan ataupon mimik muka yang tak menyenangkan ke. Maaf maaf maaf. Andai eter ada berhutang, mohon di halalkan ataupon option lain, silalah tuntut ye. Eter akan berusaha yang termampu untuk membayarnya insya' Allah.

oh Allah..forgive me when I whining



Thank you for reading

Saturday 8 January 2011

not good for health..

why people always prefer to suffer alone???
why is that they want to carry their burden all by themselves???

if there are a good friend, why don't they let them takes some of their pain and the resolve that goes with it together??
did they ever think about how everyone around them felt while they tried to carry everything on their own???

someone who didn't like to rely on others..
yet can still smiling even in such a pain...

they are suppose to share how they feel inside, when they are happy or sad..
otherwise, they'll all feel lonely and left out..
still, in the end...
they are weaker than anyone else.


p/s: lets strive for success..
"Ya Allah, berikanlah kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah kami dengan sifat lambat marah dan pemaaf"

Tuesday 4 January 2011

impian..*grrr xde idea nak letak tajuk apa*

Assalamualaikum..

hai awak...how's today??
is everything doing fine as you wish??
whatever you are up to, don't forget to praise Allah and be thankful ya dear ^_~

alhamdulillah3...tinggal kurang 2 minggu cuti berbaki..tak sabar rasanya nak kembali ke sekolah..
hehe..mesti korang ingat eter ni tetiba buang tebiat..orang lain dok sedap2 cuti, eter sibuk nak balik sekolah..
bukan apa..dah biasa sibuk bila sekolah, waktu cuti tak buat apape..-sigh-
walau bagaimanapon...*cheeewah*...se-eksited mana pon eter nak kembali ke sekolah, omwork yang cikgu bagi tak siap lagi sebenarnya..ngehehe~~
gomendasai sensei..*if by any chance cikgu terbaca entry ni la ye..hehe*

ok lah awak2...sebelum eter pi tidoq ni, sukacita eter ingin meng-eksen dengan korang semua gamba my very first ice skating with my very best buddies ever..of course!!
*kalau diorang baca ni kompom hidung diorang kembang kempis tersipu2 malu..ahakhak..*
eh tapi kan korang, kalau berdebar2 tu tak tau la pula..mungkin korang ada sakit jantung kot..erk +_+'

*jatuh bangun adalah adat ketika main..but the best part was when ada abang yang comel tu datang selamatkan..arghh..bak kata pepatah melayu,hurm ape ek?? jatuh cinta..hahaha*
*when it comes to teach, i am no longer my self..huhu sorry alis n mai*

well, last but not least, jaga makan, jaga kesihatan, jaga iman ye awak semua...
kepada sesiapa yang ada impian yang masih belum tertunai lagi, ayuh berusaha cari jalan untuk merealisasikannya..yeeeha~~
*i pray to Allah if it is the best, i want to step on the same ground as Beethoven, touch the piano that Chopin once used..only if Allah will..and not to forget, to do hajj*

disclaimer: gambar2 kat atas tu eter scan je..maaflah ye..abang2 comel kat situ tak bagi guna kamera..mungkin sebab dia sakit hati kitorang punya kamera lagi canggih dari dia punya..hahahaha...

thank you for reading..oyasumi!!

Monday 3 January 2011

pengembaraan bumi Andalus

Assalamualaikum...

hello hello...
pergh bajet macam tengah menelepon pulak..
sebenarnya plan asal adalah nak buat entry bergambar je hari ni..entah apa pasal ntah, server reject pula..grrrrr~~~hangin betol..
tak pe2..give it try one more time =p

SEVILLA








uhu~~nice..it works..memang tau..server ni saje je nak main2 dengan haku....
ok2..jom kite cuba lagi..(",)
ngehehehe...

CORDOBA




GRANADA





MALAGA







huhu..it did works~~
but sorry guys..i just randomly pick all these from my own album..
ada lagi 3 album which are from mai, alis n kak sha..hehe..
boleh cekkidaut kat facebook eter..
*oppppsss..open to friends only~~*

Look around yourselves, Can’t you see this wonder, Spreaded infront of you,The clouds floating by,
The skies are clear and blue, Planets in the orbits, The moon and the sun, Such perfect harmony..
You created everything, We belong to You, Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

thank you for reading guys~~

Saturday 1 January 2011

Resolusi 2011

Assalamualaikum..

hai hai readers..sorry because this entry is not as promised..
ada sikit kelewatan in transfering pictures..
hehe..not a big deal huh..still ada cerita lain kan3??

bersempena dengan hari pertama dalam tahun baru ni, eter nak la highlight kan sikit resolusi2 eter dalam tahun ni..
bukan apa..xbuat pon xpe sebenarnya..
tapi eter kalau xbuat, up side down hidup eter nanti..T__T
prevention is better than cure..mukya~~

1. I need to..nope!! I have to build up my confidence.. especially in writing and speaking in English..not to forget, to improve my Malay language yang tunggang-langgang ni..
2. Start planning my saving for future
3. Stop take things for granted
*because I always used to T_T*
4. Big big saving for my Jazz~~
5. Treat people seriously, generously..more and more as they are actually very delicate..one should know that human's hearts are fragile..mine also..
6. To be good in this world and in life to come and may Allah keep all of us safe from the torment of the Fire..







"Our Lord! Forgive us our sins as well as those of our brethren who proceeded us in faith and let not out hearts entertain any unworthy thoughts or feelings against (any of) those who have believed. Our Lord! You are indeed full of kindness and Most Merciful"
(59:10)

p/s: target nak kurangkan berat badan boleh masuk dalam senarai azam tahun baru tak?? ngehehehe~~


Alis's birthday

Assalamualaikum...

hai people..setelah berkurun lama tak-meng-update..
hehehe..here I come~~
bukan hape..time sekolah eter busy sesangat..almaklum lah..dah final year..
dah tu kena siapkan first draft of my FYP..
assingment berderet2 due date nya..
start2 cuti je eter & kawan2 terus fly ke Spain..
hehehe..
bukan tak nak habaq awai2..bukan sebab takut korang kirim macam2..bukan3...
sebab tak sempat lah..gomen2!!
on the last day of school which was 17th, eter gi celebrate birthday Alis..
but I did updated my status on FB kan3??
^__^
*sorry gak ye awak sebab kite private kan blog sekejap..rindu ekk??* <--to a specific person tapi orang lain kalau nak terasa pon boleh juga...
ehekhek..tiba2 terasa nak menggedik pula~~






hurm...macam biasa lah..
disebabkan eter si budak pemalas..upload gamba dari ipod je..
tu yang pecah2 tu..

but don't worry..
lepas ni eter update cerita kitorang kat Spain pulak ye..
insya'Allah gamba cantik2..
*T__T xde lah cantik mana pon sebenarnya gambar2 eter*

Happy New Year 2011
moga diampunkan dosa2 kita semua yang lalu dan yang akan datang..
dan semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehah diakhirat kelak..
maafkan eter ye kawan2 andai ada salah silap kat mana2..

"Lama tidak berjumpa rasa rindu bila bertemu susah hendak berpisah"
hurm~~~ +__+