Friday, 21 January 2011

kesabaran vs kemarahan

Assalamualaikum..

ok hari ni takmo buat entry yang emo2..
sebab apa??
badan eter tengah menggigil2 tahan marah ni..
ibarat macam gunung berapi kalau nak meletup, mesti akan berlaku gempa bumi dulu..ye tak??
dah puas tarik nafas hembus tarik lagi..
takut pula kalau oksigen habis eter sorang je yang sedut..haha *fake laugh*

tapi takpe..jangan ingat eter akan kasi dia puas2 pijak kepala eter..
jangan dia ingat diam2 eter, dia boleh terus cakap apa yang dia suka..

grrrrr~~~geram sangat2..rasa macam nak berdiri depan dia, jerit kuat2 marah dia..
biar terlepas semua serabut dalam kepala ni..kalau boleh nak lempang pipi dia kiri kanan kiri kanan..

TAPI

realitinya..eter hanya mampu simpan semua..nak marah tak reti..hanya mampu nangis nangis n nangis..
nangis bukan sebab sedih..tapi MARAH..tak pernah rasanya seumur hidup eter marah yang macam ni..
semua kata2 hamun hanya terlafaz dalam dada dan tak mampu terungkap kerana tak jumpa lagi kekuatan eter di mana..

masih punya rasa kasihan dan tak mahu mengeruhkan keadaan..
tapi sampai bila nak bersabar..
kadang2 orang macam ni kena ajar sikit..
tapi ajar dengan cara berhemah la..fikir banyak2 pon buat serabut kepala..

semalam eter cerita kat kakak eter..tak boleh nak rahsia apape dari dia..
respond dia???
of course la dia melenting..dia lebih kenal adik dia macam mana..orang luar tak berhak judge adik dia lebih2 lagi kalau tak pernah kenal, tak pernah bersua muka..
*pengajaran: jangan buat kacau kalau tak nak masa depan hancur*

ok lah..istighfar banyak2..itu je yang eter mampu buat..doa sangat2 supaya benda remeh temeh ni tak menjejaskan life n study eter..fitnah orang datang dalam pelbagai cara, bila2 masa yang kita takkan dapat agak bila..

"Tuhan ku, jika sekiranya Kau matikan diriku maka rahmatilah ia dan jika Kau melepaskan ia hidup maka peliharalah ia sebagaimana Kau memelihara jiwa hamba-hamba Mu yang soleh"

p/s: sorry..ini hanyalah seisi meluahkan perasaan marah..harap takde sesiapa terasa..kalau ada, eter minta maaf banyak2..
*entry ini ditulis semalam..hari ni baru ada kekuatan nak post sebab macam dah nampak garis2 kedukaan pudar sikit demi sedikit..hehe*

Thank you for reading..

No comments:

Post a Comment