Sunday, 20 February 2011

beautiful adventure

Assalamualaikum..

hope semua sihat di dalam redha Allah..
just a brief update about my recent activities..ngehehe..
busy as usual..homework berderet-deret menagih sentuhan dari eter..cheewah *muntah*

oh ya..semalam eter n kawan-kawan pergi Leeds untuk jadi supporter kepada adik-adik junior yang masuk nasyid..so far Allahamdulillah semua berjalan lancar meskipun kesabaran kami banyak kali diuji..
dengan hujan lebat yang turun awal-awal pagi..kami gerak seawal 6 pagi dari rumah..
eter memang tak fikir banyak pun masa pilih baju..
sampi kat area Manchester, tengok dari luar tingkap salji dah penuh..
subhanallah..kagum, seronok semua perasaan ada..tapi yang paling risau adalah takut tak tahan sejuk..
takde lah takut sebenarnya tapi eter dah 2 minggu batuk dan selsema tak baik lagi..

as expected..tak dapat tahan batuk..memang sejukkkk~~huhu
salji turun sangat lebat..
tapi itu tetap tak menghalang eter dari bergerak cergas main snow ^__^

ok cerita pasal persembahan kawan-kawan..
boleh dikatakan kebanyakan diorang buat konsep moden..
lagu bukan nasyid pun boleh masuk juga..
bukan nak cakap apa..tapi eter tau pendapat masing-masing berbeza..
yang penting objektif asal bernasyid tu sendiri harap-harap tak lari jauh..
bukan sekadar to entertain insya'Allah..

kali ni memang sangat puas hati berbanding tahun lepas..
*yang eter join dan kami dapat tempat ke-2 tu..hehe*
puas hati sebab apa??
sebab eter seronok tengok adik-adik yang sangat matang dan berbakat.
semangat diorang..enviousness!!
*tetiba terasa diri dah tua bila cakap camni..haha*
dan Allahamdulillah juga eter dapat hadiah cabutan bertuah..
tak pernah-pernah dapat tapi, rezeki Allah tak siapa pun tahu kan3??

perjalan balik kami sedikit mencabar sebab separuh dari kami sesat..teksi hantar diorang kat tempat yang salah..perasaan?? sangat-sangat cuak..serius tak tipu!!
nasib baik pakcik bas tu baik..T_T
memang sangat-sangat cemas bila pakcik tu cakap dia dah tak boleh tunggu sebab dah lebih 15 minit..
tapi saat pakcik tu dah nak tutup pintu...
yeay!! diorang berjaya muncul dengan selamat..Allhamdulillah..
pengajarannya..sabar itu separuh dari iman..^__^

p/s: sedikit pengisian yang sempat kami kongsi sebelum gerak balik..

"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran."
(14:18)

No comments:

Post a Comment